di sini
bersidang para cendekiawan
dari tindanan tulang-temulang tamadun
berkata-kata kepada setiap perenungnya
di sini
lubuk kawah si pemikir
yang pernah bodoh dalam hidup
mencuri malam dari tidur
mencuri siang dari rehat
di sini
bersandar kepala pendeta
mencipta tenang di tengah gelisah
mencipta susah di tengah tenang
di sini
tidak ada cendekiawan yang mati
kerana kubur ilmunya
dihidupkan setiap penemuan
november 1976
A Wahab Ali
dipetik drpd Sajak Orang Berdosa